JellyPages.com

Wednesday, February 5, 2014

Oh Manusia!

Kita telah dapat nikmat lebih dari apa yang kita harapkan, lebih dari apa yang kita inginkan. Namun, sering saja hati ini lupa. Aishh~

Entah seperti apa lagi nikmat yang diimpikannya, yang ada ini masih tidak kelihatan. Tetap saja yang tiada menjadi perhatian. Oh, manusia! 

Kiranya hidup ini taman permainan? Semahunya datang bila dia suka, kemudian pergi bila dirinya puas. Oh, manusia!

Baginya dosa itu apa? Pahala itu apa?
Istilah percuma yang tiada makna, bebas ditafsir semahunya. 
Lalu dia bahagia mencipta hukum dunia, bahagia yang dikira sempurna.

fuh~
Tenatnya dunia bukan kerana makin menua,
tenat dirinya kerana durjana manusia,
sekian kali menderhaka Yang Maha Esa,
taubat dipuja hanya bila usia hanya sisa.



#Astaghfirullah#Astaghfirullah#Astaghfirullah...

No comments: